Saturday, February 16, 2013

Kelat Nenasi: Idaman Serangga Penghisap Madu

Syzygium zeylanicum atau pernah dikenali sebagai Eugenia spicata tergolong dalam famili Myrtaceae, kumpulan pokok jambu, dan dikenali dengan nama tempatan kelat nenasi atau gelam tikus. Spesies ini boleh ditemui di kawasan pantai, pinggir sungai, dan hutan sekunder, namun jarang didapati di kawasan hutan pergunungan. Syzygium zeylanicum merupakan sejenis pokok renek dan jarang tumbuh melebihi ketinggian 18 m.
Pokok ini menghasilkan bunga dan buah yang berwarna putih, kelihatan seolah-olah diliputi salju. Kelat nenasi mempunyai bentuk yang kemas serta batang pokok yang berwarna coklat kemerah-merahan, menjadikannya menarik sebagai pokok hiasan dan sering ditanam di pinggir-pinggir jalan. Buahnya adalah mirip beri-beri putih yang kecil dan manis yang digemari oleh burung, tupai, haiwan pemakan buah yang lain dan juga manusia. Apabila berbunga, kita dapat melihat bunga-bunganya dikelilingi oleh pelbagai jenis serangga penghisap madu. Pucuk daunnya yang berwarna hijau muda dikeluarkan sejurus selepas proses pembuahan berakhir.
Di FRIM, pokok ini dapat ditemui di Taman Botani Kepong. Selain kecantikannya, pokok ini juga memberi manfaat kepada manusia dalam nilai ekonomi, batangnya yang berwarna coklat boleh dijadikan bahan bakar dan digunakan untuk membina bot, manakala daun dan akarnya digunakan dalam perubatan tradisional. Pokok ini mudah ditemui dan tersebar luas di seluruh Malaysia, Sumatera, India, China, Myanmar, Thailand dan Singapura.
Disiarkan pada 13 Ogos 2012. Suhu mingguan diramal antara 24°-33° C, hujan dan ribut petir di sebelah petang.
Disediakan oleh Nor Azlin, M. F. Gambar oleh Zawiah, N. dan Nor Azlin, M. F.
Syzygium zeylanicum menarik perhatian serangga penyedut madu

Bunga Syzygium zeylanicum yang berkembang mekar
Syzygium zeylanicum menarik perhatian serangga penyedut madu

Bunga Syzygium zeylanicum yang berkembang mekar



Batang yang berwarna coklat kemerah-merahan dan merekah, keunikan Syzygium zeylanicum        </p>
<p>

Pokok ini boleh ditemui di Taman Botani Kepong, FRIM
Batang yang berwarna coklat kemerah-merahan dan merekah, keunikan Syzygium zeylanicum



Pokok ini boleh ditemui di Taman Botani Kepong, FRIM



http://www.frim.gov.my

No comments:

Post a Comment