Monday, February 18, 2013

Asas Sarang Lebah

Sarang lebah tualang berkonsepkan sarang terbuka (open nest). Ia dibina di kawasan terbuka jauh dari tanah seperti pokok, di bawah naungan gua, atau kadang-kala bangunan dengan jarak 3 hingga 25 meter dari atas tanah. Sarang matang berukuran 2 meter panjang dengan jumlah mencecah 50,000 ekor lebah pekerja. Hampir tiga suku populasi lebah pekerja menjaga sarang.
Setiap koloni terdiri dari satu indung madu (kadang-kala mencecah sehingga satu meter persegi) tergantung dari ats, dan kom diselebungi oleh lebah-lebah dalam beberapa lapisan. Apabila diganggu, lebah pekerja mungkin mempamerkan kelakuan defensif dikenali sebagai alunan pertahanan. Lebah di lapisan luar membusungkan abdomen mereka sembilan puluh darjah ke atas dan mengoyangkannya segerak. Ini mungkin juga disertai dengan pergerakan sayap. Isyarat ini dipindahkan ke lebah pekerja berdekatan yang juga menyesuaikan posisi abdomen yang sama, lalu membentuk kesan 'riak' yang jelas bersertakan bunyi alunan itu sepanjang permukaan kom itu. Ia sama seperti alunan penyokong di satu stadium yang penuh. Kelakuan ini memberi amaran kepada musuh berdekatan agar tidak datang menyerang atau akan menerima kesan padahnya nanti.
Burung selalunya menjadi musuh biasa lebah ini. Ia juga melindungi serangan daripada semut-semut, kerana tiada propolis yang dihasilkan di sarang lebah ini.
Di hutan tropika Thailand, banyak koloni lebah ini membina sarang di atas dahan pokok Dipterocarpus dari 12 hingga 25 kaki tinggi. Pokok ini mungkin disukai kerana ia lebih selamat dengan warna kulit yang lembut dan batang pokok yang hanya muncul bercabang 4 hingga 5 meter dari tanah. Ia akan memberi kesukaran kepada musuh yang datang dari atas tanah.
Di hutan hujan tropika Malaysia pula, pokok Tualang menjadi kesukaan untuk lebah ini membuat sarang. Ketinggian pokok ini yang boleh mencecah sehingga 70 meter tinggi membuatkan ia sangat sesuai untuk dibuat sarang. Satu pokok Tualang boleh dihuni sehingga 100 buah sarang lebah tualang.

Wikipedia

No comments:

Post a Comment