Lebah merupakan sejenis serangga
terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan
mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin
lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di
setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka
membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan
mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan
rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan
berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan
seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di
hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber
makanan tersebut dengan tepat.
Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir
tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan
lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni
menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
No comments:
Post a Comment