Saturday, March 9, 2013

Lebah Dalam Al-Quran


Surah An Nahl (سورة النحل) adalah surah ke-16 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 128 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah kerana di dalamnya, terdapat firman Allah SWT dalam ayat 68 yang ertinya : "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah". Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim.


 Madu berasal dari pelbagai sari bunga dan dia menjadi penawar bagi berbagai-bagai jenis penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al Quran mengandungi intisari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah (10) Yunus ayat 57 dan surah (17) Al Isra' ayat 82). Surah ini dinamakan pula "An Ni'am" bererti nikmat-nikmat, kerana di dalamnya Allah menyebutkan pelbagai jenis nikmat untuk hamba-hamba-Nya. (Wikipedia)




No comments:

Post a Comment