Friday, February 8, 2013

Kelulut

Kelulut, lebah tukang, lebah tidak bersengat  (Bahasa Inggeris:Stingless bee) atau Meliponini (nama saintifik Trigona spp.) merupakan sejenis serangga dari keluarga Apidae dan ia dianggarkan hampir 500 spesis terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Ia bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai banyak khasiat. Selain itu potensinya untuk dikembangkan juga dianggap amat besar.Ia penting sebagai agen pendebungaan bagi banyak spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks. Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah sehinggalah koloni terbuka.
Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain. Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona. Pihak MARDI telahpun mengumpulkan sebanyak 29 spesis Trigona dalam koleksi antrapod mereka.

Wikipedia

No comments:

Post a Comment