Thursday, February 14, 2013

Keaslian Produk Madu

Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian maadu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh dipertikaikan secara saintifik. Petua tradisional yang sering digunakan untuk menguji keaslian madu lebah:

>>Semut<<

Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa 'monosaccharide' yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa 'polisacharide'). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuat semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka semut bukan petunjuk tepat untuk menguji keaslian madu lebah.

>>Peti sejuk<<

Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18%-22%. Maka madu lebah asli tatap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

>>Pembentukan mendakan Kristal<<

Madu lebah asli juga mengalami pengristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu 'supersaturated' secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.

>>Telur<<

Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan memcampurkan kapur yang bersifat panas dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Maka, kami nasihatkan pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu.

>>Tip membezakan madu lebah asli dan madu lebah tiruan<<



  • Madu lebah campuran mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah. Madu Lebah Asli mengandungi glukos dan frukos-70%, sukros 10%, kandungan air 18-22% dan terdapat 181 kandungan berkhasiat lain. Berbeza dengan Madu gurun kandungan airnya 10-16% menyebakan madu pekat.
  • Kelikatan madu tidak sama, bergantung kepada kapasiti nektar, kematangan sarang madu lebah dan protien dari tumbuh-tumbuhan menyebabkan madu cair.
  • Madu lebah Tualang tidak luksinar, jernih atau transparant apabila dilihat dengan cahaya matahari atau lampu. Mesti kelihatan keroh kerana bahan tak larut Bee pollen dan propolis sebati dengan madu.
  • Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli, dengan sendirinya dapat membezakan madu lebah tiruan. Rasa madu lebah asli menyengat/tajam pada lidah/kerongkong dan sedikit rasa masam. Rasa masam bergantung pada umur madu.
  • Bila disimpan lama, warnanya berubah menjadi gelap serta membentuk mendapan dipermukaan berbentuk seperti gelang kerana bahan tak terlarut lilin, Bee pollen dan Peropolis timbul di permukaan.
  • Jenis rasa dan aroma madu bergantung kepada jumlah asid amino yang terdapat pada bunga tumbuh-tumbuhan yang dilawati oleh lebah.
  • Madu lebah sentektik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu. 
  • Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan lebah tiruan melainkan menerusi ujian. Terbaik melihat sendiri madu diambil dari sarangnya.


>>Tip kepada pembeli madu lebah mengelakan dari tertipu dengan madu tiruan<<
  • Mengetahui latarbelakang pembekal atau penjual madu lebah. 
  • Pengamal/pengguna/pembeli madu menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, dapat memudahkan mengenali keaslian madu. 
  • Melalui ujian makmal. Pengamal/pengguna/pembeli madu lebah boleh buat ujian keaslian di FAMA atau mana-mana badan kerajaan berkaitan.
  • Adanya pollen/gelang propolis dibahagian atas madu lebah jika dibiarkan lama madu dalam kemasan botol.
  • Panaskan 1/2 sudu besar madu lebah di atas api lilin, jika buih-buih yang terhasil kecil seperti air mendidiAh bermakna tiruan.dansekiranya buih- buih terhasil besar dan terus membuak jika dipanaskan menunjukkan madu tersebut asli. 
  •  
  • http://www.madulebahasli.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment