Friday, March 8, 2013

Sarang Kelulut

Ini adalah Sarang Kelulut..bahagian Lilinnya dan Bukan dari bahagian Damar. Ianya begitu Ampuh bagi Penyakit Kulit...Madunya pula memiliki Fadilat Awet Muda.

Kelulut; jika tidak diteliti fizikalnya, ada yang akan menyangka ia adal sejenis lalat. Sarangnya kelihatan sedikit kotor, kerana rupa bentuk fizikalnya, tetapi perlu difahami akan khasiatnya yang banyak dan bermanfaat untuk kesihatan.


Lebah kelulut beri dimensi baru industri madu Malaysia

Ramai rakyat di negara ini mempunyai minat untuk memelihara lebah bagi mendapatkan madu, namun minat itu terencat kerana takut dengan bahaya disengat lebah madu.
  
Lebah kelulut yang merupakan sejenis lebah yang tidak mempunyai sengat mampu menyelesaikan masalah itu dan seterusnya memberikan dimensi baharu kepada industri madu di negara ini.
  
Penolong Pegawai Kanan, Pusat Pemuliharaan Lebah Negara Jabatan Pertanian, Zakbah Mian berkata lebah kelulut merupakan alternatif terbaik kepada lebah madu kerana madunya yang lebih berkhasiat.
  
"Walaupun kelulut sejenis serangga kecil dan mengeluarkan produk dalam kuantiti sedikit tetapi bila dipelihara dalam kuantiti besar pengeluaran madu kelulut boleh ditingkatkan," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
  
Lebah kelulut atau nama saintiknya Trigona spp mempunyai lebih 150 spesies di serata dunia malah Malaysia sendiri mempunyai 29 spesies lebah itu dengan habitat kegemarannya hutan hujan tropika. Spesies yang digalakkan dipelihara di Malaysia ialah Trigona itama dan Trigona thoracica.
  
Penolong Pegawai Penyelidik Mardi, Zulidzham Mohd Sani berkata pengeluaran madu kelulut bergantung kepada kawasan persekitarannya terutama terdapat banyak pokok-pokok yang berbunga.
  
Beliau berkata jika kawasan sekitarnya banyak pokok berbunga, madu kelulut boleh dihasilkan antara sekilogram atau lebih dalam satu sarang bagi tempoh kira-kira dua bulan.
  
"Lebah kelulut lebih suka kepada persekitaran yang teduh dan sejuk untuk bersarang. Pemeliharaan kelulut sangat mudah dengan membuat kotak kayu berukuran 38.1 cm X 38.1 cm di bawah pondok beratapkan rumbia.
  
"Lebah kelulut boleh didapati di batang pokok yang berlubang kemudian diambil untuk dipindahkan ke dalam kotak untuk ia membiak. Namun ia juga mempunyai musuh utama iaitu anai-anai merah selain semut," katanya.
  
Beliau berkata berdasarkan kajian makmal di Mardi, madu kelulut boleh menyembuhkan lelah, batuk, asma dan lain-lain penyakit.
  
"Bukan setakat madu sahaja, Propolis dan Polen dihasilkan kelulut boleh juga dimakan dengan direndam ke dalam air panas. Air rendaman itu juga boleh diminum begitu sahaja untuk menghilang batuk atau lelah," katanya. - Bernama

Sinar Harian

Propolis Lebah Kelulut

  • Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
http://usahawantani-kelantan.blogspot.com

MADU LEBAH KELULUT

  • Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
  • Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  • “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
  • Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
  • Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
http://usahawantani-kelantan.blogspot.com

Khasiat Madu Kelulut



Sarang Kelulut yang mengandungi Bee Bread.



KOTA BHARU 19 Mei - Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.
Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.
Justeru, khasiat dan keistimewaan madu lebah kelulut yang tinggi telah mendorong pesara Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan, Razip Ibrahim, 53, dari Kampung Petani, Sering dekat sini berusaha menternak lebah berkenaan secara komersial.
Menurut Razip, bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.
“Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam ‘tempayan’ dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Kata bapa kepada lapan orang anak itu, dia mula mengetahui mengenai khasiat madu lebah kelulut setelah menyertai seminar mengenai lebah dan kelulut di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian dekat sini, pada tahun lalu.
Kebetulan katanya, pada seminar yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Kelantan itu, dia bertemu seorang pensyarah Universiti Hasanuddin Ujung Pandang, Makasar, Indonesia iaitu Prof. Mappa Toba yang menceritakan kepentingan ternakan lebah kelulut.
Bermula daripada maklumat tersebut jelasnya, dia mengkaji mengenai koloni kelulut di seluruh Kelantan termasuk di kawasan kampung dan hutan.
“Hasilnya, saya berjaya mengenal pasti empat jenis koloni kelulut pelbagai saiz termasuk bersaiz lebah,” katanya yang merupakan penternak tunggal kelulut di negeri ini dengan membela 30 kotak spesies itu di pekarangan rumahnya.

Razip Ibrahim dan isterinya, Rahimah Hamat memasukkan madu yang diambil dari sarang kelulut ke dalam botol.


Mengulas lanjut Razip berkata, lebah kelulut besar mengeluarkan paling banyak madu yang boleh dikumpulkan setiap dua minggu sekali.
Setakat ini lebah-lebah kelulut yang diternak itu telah menghasilkan kira-kira 10 kilogram madu.
Bagi meyakinkan lagi masyarakat tentang khasiat madu lebah kelulut, dia bekerjasama dengan USM termasuk melakukan penyelidikan mengenai khasiat bee bread dan propolis yang dikatakan sangat berkesan dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit.
“Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout,” katanya.
Bagi mempelbagaikan produk berasaskan madu lebah kelulut, dia turut menceburi bidang pembuatan coklat dan pelbagai produk kesihatan berasaskan madu, selain menjadi pembekal lebah kelulut kepada mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.
“Tidak banyak modal diperlukan bagi menternak kelulut, iaitu hanya kotak bagi menempatkan koloni kelulut itu dan ia mampu mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga madu lebah kelulut boleh mencecah sehingga RM90 sekilogram,” katanya.
Menurut Razip lagi, dia mendapatkan koloni lebah kelulut dari kawasan kampung dan hutan di Kelantan dan menempatkan lebah-lebah itu dalam kotak di sekitar rumahnya.
Katanya, setiap koloni lebah kelulut mengenali kotak ‘tempat tinggal’ masing-masing dan secara berterusan akan menghasilkan madu kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan ‘permaisuri’.
“Menguruskan ternakan kelulut ini tidak menyusahkan kerana koloni kelulut menghisap semua jenis madu bunga yang terdapat di kawasan sekitarnya. Kelulut yang saya ternak sekarang mengeluarkan madu berbau bunga durian kerana sekarang musim pokok durian berbunga,” kata Razip yang dibantu oleh isterinya, Rahimah Hamat, 53.
Jelas Razip, dia berminat untuk berkongsi kepakaran menternak kelulut dengan mereka yang berminat boleh menghubunginya menerusi 09-7648248 atau 013-9840911.

Utusan Online

Saturday, March 2, 2013

Produk Madu Giant B

Cerita pada 2 Mac 2013 lagi, lepas puas pusing-pusing Taman Seribu Bunga tu, kami skeluarga ke Mydin MITC Ayer Keroh, saje la nak cari apa-apa ....tekak pulak dahaga....


Pusing punya psuing jumpa lak booth Giant B, eh...kebetulan memang nak cari produk madu nih....







Banyak produk madu di sini, macam-macam ada.....


Last-last beli lah Madu Kelulut..harganya RM80 sebotol (520 gram), maknanye, kalu 1 liter lebih RM150.00 tuh...mahal weh.... khasiatnyer byk la kan....

Taman Seribu Bunga Ayer Keroh

Taman Seribu Bunga terletak di Ayer Keroh bersebelahan dengan Kompleks Seri Negeri. Taman ini mempunyai keluasan sebesar 13  ekar dan telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah pada 30 Jun 2007 Keunikan dan keindahan taman ini adalah dari rekabentuk lanskap dan pelbagai jenis pokok dan bunga yang ditanamkan. Rumah Orkid Tun Jeanne Abdullah, air pancut dan taman kaktus adalah diantara tarikan yang cantik dan menawan. Taman ini sesuai untuk beriadah dan bersenam dan merupakan tempat yang sangat terkenal untuk sesi penggambaran pengantin. Kemudahan yang terdapat di sini adalah surau, tandas, kafe dan wakaf.
Taman ini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya manakala promosi dan publisiti adalah di bawah urusan Perbadanan Hang Tuah Jaya. Lawatan bersama anak-anak ke sini pada 2 Mac 2103, kebetulan isteri menghadiri kursus PBS di Permaisuri Hotel MITC....

Apa yang menariknya tentang taman ini dengan penternakan lebah madu atau kelulut? Teruskan scroll ke bawah..anda akan mengetahuinya.... 

                                                        Dah nampak clue nyer....teruskan....


 Disebabkan tempat ini mempunyai beribu-ribu spesis atau jenis bunga...(bukan berjuta-juta lemon yer..) maka, iniasitif untuk menternak kelulut timbul..(agaknyer la..), sebab masa kami sampai tuh....sorang pun tak de...info pasal tempat tu pun tak de..isk..isk... Tak pe lah, anda teruskan scroll untuk melihat bagaimana sarang kelulut didirikan oleh pengendali taman ini....nak story lebih-lebih pun tak tau....








                                           
                                         Berikut adalah hasil produk dari kelulut ni yang di pamerkan....









Semoga beroleh sedikit sebanyak manfaat.....