Propolis Lebah Kelulut
- Propolis terbentuk dari bahan resin
yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut
kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna
hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
- Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
- Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali
ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai
berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin,
triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
- Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
- Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
- “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
http://usahawantani-kelantan.blogspot.com
klo asal "muasal madu dari mananya....
ReplyDeletekehidupan para anbiya AS