MADU LEBAH KELULUT
- Madu Kelulut – warnanya lebih jernih
berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam.
Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit
kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
- Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan
Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di
bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
- “Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan)
bagi orang-orang yang memikirkan.”
- Madu
berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit
manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan
secara ilmiah oleh pakar perubatan.
- Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan
metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan,
menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan
kecederaan dalaman.
- “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi.
“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya
lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah
biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
- Penyakit yang dilaporkan sembuh
melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut
termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
- “Hasil
penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan
permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui
mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
- Kajian
telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai
dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat
Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah
di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu
kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan
kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak
g/g berat kering.
- Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
- Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu
mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke
atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
http://usahawantani-kelantan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment