Tuesday, February 12, 2013

Madu adalah suatu produk yang stabil dan tidak mudah rosak oleh kuman perosak makanan. Untuk menjaga kesegarannya, adalah disyorkan supaya madu disimpan di tempat yang dingin dan kering pada suhu 27C serta tidak terdedah kepada cahaya matahari atau suhu yang tinggi. Madu juga tidak boleh disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan daripada berlakunya proses pembekuan ke atas madu tersebut.
 
Nilai Makanan dan Perubatan
1.  Sebagai makanan terbaik untuk kesihatan
2.  Memperbaiki sistem penghadaman makanan dalam badan
3.  Mempertingkatkan tenaga
4.  Gula dektrosa yang terdapat pada madu mudah larut dalam darah
     manusia tanpa melalui proses penghadaman
5.  Gula dektrosa mempunyai kepentingan besar dalam
     menyembuhkan pelbagai penyakit seperti ulser
6.  Mengatasi masalah kekurangan zat makanan terutama sekali
     pada kanak-kanak
7.  Madu digunakan dalam penyediaan bahan-bahan persolekan
http://www.sabah.gov.my/kpd/projeklebahmadu.html

Borneo Haney Bee Centre



Poster raksaksa di Borneo Honeybee Centre, Sikuati, Kudat
 

Ladang ternakan lebah madu di kawasan Borneo Honeybee Centre
 

YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri, merangkap
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang memegang Koloni Apis Cerana atau
dalam bahasatempatan Pomosuon ketika melawat Borneo Honeybee Centre.

Di kiri beliau adalah YB. Datuk Haji Musbah Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, manakala di kanan
beliau adalah YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD
 

Aktiviti yang biasa dilakukan dalam projek ini adalah memeriksa koloni lebah dalam haif atau kotak sarang
 

YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin sedang meneliti produk madu Borneo Tropical Honey yang dikeluarkan oleh KPD
 

Borneo Tropical Honey; di kanan sekali adalah Potiukan (madu Tualang/Lebah Rimba)
 

YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin bergambar bersama-sama dengan 5 orang penerima bantuan peralatan menternak lebah madu di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kawasan Matunggong



Kumpulan Ternakan
Korporasi Pembangunan Desa
Aras 2, Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik, Luyang
(Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu, Sabah
Tel:  +6088 291363
Fax:  +6088 291354

NATURE | Silence of the Bees | Inside the Hive | PBS

Friday, February 8, 2013

Penternakan Kelulut Oleh Mardi

Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.
Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.



Foto               KELULUT menghasilkan tiga jenis madu iaitu madu (kiri), propolis dan pollen.
 
Foto
KOTAK madu yang direka untuk penternakan kelulut.
 
Foto                     LUBANG yang menjadi pintu masuk utama Kelulut ke dalam kotak.

Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di Malaysia terdapat kira-kira 30 spesies kelulut dan kebanyakannya ditemui di kawasan hutan.

Berbanding lebah yang hanya menghasil­kan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan tiga produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga).

Melihat kepada pasaran madu kelulut, harganya mampu mencecah RM120 sebotol bagi 350 mililiter, sedangkan madu biasa dijual RM30 dalam kuantiti sama.

Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd Fahimee Jaapar berkata, pihaknya giat mengumpulkan spesies kelulut di seluruh negara.

“Pada mulanya, kelulut digunakan MARDI sebagai agen pendebungaan. Kita mahu pokok yang ditanam berbuah dengan adanya agen pendebungaan iaitu kelulut. Bagi kami, pendebungaan adalah hasil pertama manakala madu dan propolis hasil kedua.

“Pemikiran bagi kebanyakan orang kampung, lebah kelulut tidak mempunyai madu, tetapi kajian mendapati serangga itu mengeluarkan madu se­tanding madu lebah,” katanya.

Semua spesies kelulut dikumpulkan sejak 2007 dan kini diternak di dua kawasan khas di MARDI iaitu di Bahagian Pendebungan dan kebun buah-buahan.

“Ada 15 spesies lebah kelulut dikumpulkan dan hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’,” katanya.

Mohd Fahimee dibantu rakan setugas iaitu Penolong Pegawai Penyelidik, Zulidzham Mohd Sani dan Pembantu Penyelidik Kanan, Hamdan Sipon.

Beliau berkata, hasil kajian dilakukan mendapati kelulut menghasilkan ‘ramuan’ untuk perubatan alternatif.

“Kelulut banyak ditemui di kawasan kampung terutama di negeri yang mempunyai pokok rambutan tua seperti di Melaka, Perak, Kedah dan Kelantan.

“Penebangan hutan secara berleluasa turut me­nyebabkan penghijrahan spesies terbabit ke kawasan kampung,” katanya.

Menurutnya, sarang kelulut dipindahkan dari tempat asalnya dalam batang kayu ke dalam kotak kayu buatan dan diternak di lapangan.

“Anak kelulut dimasukkan ke dalam kotak khas bagi menghasilkan madu.

“Setakat ini, lebah kelulut yang diternak menghasilkan propolis, pollen dan madu,” katanya.

Katanya, kelulut tidak menyengat, namun serang­ga itu hanya menye­rang orang pertama yang mendekatinya.

“Kelulut sama dengan lebah yang akan mengeluarkan ‘feromon’. Ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan sejenis bahan kimia dikenali feromon untuk memanggil rakannya.

“Bau berkenaan biasa­nya akan ditinggalkan pada musuh pertama, namun jika ramai, semua akan diserang,” katanya.

Menurutnya, setiap spesies kelulut menghasilkan bentuk sarang berbeza.

“Sistem lebah kelulut unik kerana setiap sarang akan ada tiang. Tiang ini dibina daripada propolis atau damar. Penutup sarang yang terdapat dalam koloni terbabit digunakan sebagai pertahanan diri,” katanya.

Katanya, madu kelulut mempunyai lebih antioksidan.

“Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifu­ngus dan antikanser.

“Sebab itu sarangnya tidak ada fungus. Ini kerana kelulut menggunakan resin daripada pokok, diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob,” katanya.

Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

“Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.

“Selain berupaya menurunkan glukosa, mengu­rangkan kerosakan fungsi ginjal dan me­ningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” katanya.

Kajian mendapati, kelulut boleh melakukan pendebungaan di Rumah Hijau berbanding lebah.

Katanya, pe­rancangan masa depan, Bahagian Mekanisasi dan Automasi MARDI membantu untuk mengeluarkan mesin penye­dut madu yang fleksibel dan mudah alih.

MARDI juga akan menawarkan kursus penternakan kelulut kepada orang ramai yang berminat untuk terbabit dalam industri itu.

“Bagi mereka yang mahu menternak kelulut, Unit Promosi dan Teknologi Mardi menawarkan kursus jangka pendek selama dua hari termasuk makan dan minum dengan kos RM600.

“Ia membabitkan 30 peratus teori dan selebihnya amali termasuk mengajar cara membelah kayu bagi memasukkan anak kelulut ke dalam kotak,” katanya.

Katanya, ada pe­serta kursus memperoleh pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan dengan menternak kelulut secara komersial.

“Biasanya harga bagi sebatang kayu mengandungi anak kelulut dijual kepada penternak sekitar RM200 manakala kelulut di dalam kotak pula dijual sekitar RM500 hingga RM700.

“Bagaimanapun ke­banyakan penternak mendapatkan bekalan anak daripada pembalak dan harganya lebih rendah,” katanya

Harian Metro (4/2/13)

Kelulut

Kelulut, lebah tukang, lebah tidak bersengat  (Bahasa Inggeris:Stingless bee) atau Meliponini (nama saintifik Trigona spp.) merupakan sejenis serangga dari keluarga Apidae dan ia dianggarkan hampir 500 spesis terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Ia bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai banyak khasiat. Selain itu potensinya untuk dikembangkan juga dianggap amat besar.Ia penting sebagai agen pendebungaan bagi banyak spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks. Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah sehinggalah koloni terbuka.
Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain. Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona. Pihak MARDI telahpun mengumpulkan sebanyak 29 spesis Trigona dalam koleksi antrapod mereka.

Wikipedia

Sifat dan Keupayaan

Secara amnya, seekor lebah bolh terbang sejauh 46 km dengan kelajuan 65 km/j. Keupayaan ini mungkin terbatas dengan sumber makanan yang ada dan juga pemangsa yang sentiasa meneliti lebah sebagau makanan dan seterusnya mendedahkan lokasi sarangnya.
Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal,  membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga

Wikipedia

Tuesday, February 5, 2013

Kitar Hidup

Kitar hidup lebah dibahagikan kepada empat peringkat:
  1. telur;
  2. larva;
  3. pupa;
  4. lebah dewasa. (terbahagi kepada 3 kasta utama, Ratu (lebah betina produktif), Raja (lebah jantan) dan lebah pekerja (lebah betina tidak produktif)
Telur yang menetas akan menjadi larva. Pada peringkat ini, lebah pekerja akan memberi larva makan debunga dan nektar. Nektar yang dikumpul oleh lebah pekerja sebahagiannya disimpan sebagai madu. Setelah beberapa hari, larva bertukar kepada pupa dan seterusnya menjadi anak lebah.